Saturday, December 19, 2015

Hak Sepatutnya Seorang Penjamin

Assalamualaikum WBT

Saudara/saudari sekalian,

Mungkin cerita pinjam meminjam pinjaman pelajaran ini sudah biasa kita baca. Kisah peminjam lari dan tidak mahu membayar pinjaman dan yang terkena adalah penjamin. Ayat biasa yang kita dengar adalah, "siapa suruh baik sangat jadi penjamin".

Saudara/saudari sekalian, penjamin ini berpandangan baik sangka. Apa tidaknya, jika yang memohon menjadi penjamin itu adik beradik sendiri, anak sendiri atau ayah sendiri. Mesti tidak tergamak dihati kita menghalang kerjaya, menggelapkan masa depan adik sendiri misalnya dengan tidak berpeluang mendapat pendidikan yang sempurna bagi masa depan mereka. Ambil keadaan jika kita tidak menjamin mereka, apa akan jadi?. Mereka tidak ada masa depan yang baik, tidak ada pendapatan yang baik. Jika rezeki mereka menjadi orang besar, berpangkat, boleh diharap dan dibanggakan selepas belajar, maka apa salahnya kita bantu mereka. Jika kita tidak bantu, akhirnya hidup mereka melarat, marah dengan kita kerana menggelapkan masa depan mereka. Nampak lah akhirnya mereka duduk dijalanan, hidup miskin sambil mengata, "apalah saudaraku ini, ada saudara, nak bantu pun payah. Aku jadi begini sebab dia kerana tidak mahu sekadar menjadi penjaminku. Bukan dia tak tahu, akan cerah masa depanku dan ku jamin akan bayar semula hutang-hutang itu dan yang pasti aku mampu". Tujuh keturunan pun belum tentu habis sumpah dan seranah kepada si sepatutnya menjadi penjamin ini. Konon abang yang tersayang, terhebat. Kalau ayah nak jadi peminjam dan anak jadi penjamin, dan anak menolak untuk jadi penjamin, jadilah kita anak derhaka. Beginikah yang harus terjadi, tidak percaya pada ayah atau adik beradik sendiri?

Akhirnya secara terpaksa dan atas rasa baik sangka, kita menjadi penjamin. Tup-Tup!! selesai sudah segalanya dan sampai masa pinjaman harus dibayar. Si peminjam sudah ada kemampuan untuk membayar, ayah atau adik sudah bekerja malah gaji mencecah 6 kali ganda dari si penjamin, abang atau anak sendiri. Di suruh bayar, memang tak mahu. So what katanya!!! Putus saudara, putus hubungan... ada ku kesah!!!

Apa yang harus dibuat sekarang? Syarikat kewangan kejar si peminjam kah? Waima pejabat Syarikat kewangan bersebelahan dengan pejabat syarikat si peminjam pun apa yang syarikat kewangan boleh buat? Yang dikejarnya si Penjamin. Inilah yang telah terjadi!!! Di blacklist, blacklist lah!! so what!!?

Yang menjamin ada anak yang perlu terus dijamin dan ada hak untuk keluar negara tapi tersekat. Syarikat kewangan hukum si penjamin. Akhirnya nak atau tidak si penjamin bagi menyelamatkan diri sendiri terpaksa membayar pinjaman si peminjam. Nah!!!! yes si penjamin merdeka!! Apa jadi si peminjam??? Sudah tentu ianya merdeka!! mereka juga bebas dari hukuman. Macam ini kah jadinya hukum dunia? Ramai mengadu dan saya bersimpati dengan mereka sebagai penjamin.

Sudah sampai masa supaya undang-undang digubal, atau diubah, ramai yang mencadangkan,

"Tidak mengapa jika penjamin membayar pinjaman tetapi si peminjam tetap dikenakan tindakan (hukuman seperti biasa seperti sekatan, blacklist dan sebagainya termasuk diistiharkan bankrupt) walau pun pembiayaan telah habis dibayar, melainkan setelah mendapat pelepasan dari penjamin atau waris penjamin (jika penjamin sudah meninggal dunia), kerana peminjam harus mendapat hukuman dari penjamin"

Sekian. Mohon mendapat pandangan saudara/saudari semua untuk menuntut keadilan dan kuasa seorang penjamin mesti ada